Safawi Rasid Anggap Mehdi Taremi Ancaman Buat Harimau Malaya
MakanBola
MNT/AFC

Pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid melabel Mehdi Taremi sebagai ancaman utama buat pasukan itu dalam saingan CAFA Nations Cup.

Pandangan itu dibuat beliau apabila ditanya tentang undian kumpulan yang diterima Harimau Malaya untuk kejohanan tersebut.

Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama Iran, juara Pestabola Merdeka 2023, Tajikistan dan Afghanistan.

Safawi memilih Taremi sebagai ancaman buat skuad negara bukan saja statusnya sebagai peledak berbisa Team Melli.

Malah, Taremi memiliki pengalaman luas beraksi di liga-liga Eropah. Ini termasuk pengalaman bersama kelab Serie A, Inter Milan.

“Iran antara pasukan pilihan dalam kumpulan itu. Ramai pemain yang bermain di Eropah macam penyerang, Mehdi Taremi.

“Mungkin itu salah satu perkara yang kita belajar dari dia. Jadi, mungkin dalam perlawanan itu, kita akan belajar sesuatu dan buat sesuatu,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Safawi ditemui ketika menjalani latihan bersama pasukan barunya, KL City FC baru-baru ini. KL City menjadi pasukan terbaru beliau selepas beraksi bersama Terengganu FC pada musim lepas.