Safawi Rasid ‘Cabar’ Reputasi Gah Arif Aiman
MakanBola
TFC/JST

Pemain sayap Terengganu FC, Safawi Rasid kembali menjadi pencabar hebat kepada Arif Aiman Hanapi.

Kapten skuad Peteh itu beraksi cemerlang selaku pemain pinjaman musim 2024/25 dan menjadi tunjang pasukan Pantai Timur itu.

Ad

Pemain berusia 28 tahun itu kembali menemui rentak jaringannya apabila menjaringkan 17 gol dalam semua kejohanan termasuklah tiga bantuan jaringan setakat ini.

Ad

Reputasi Safawi mula menjadi buah mulut selepas tersenarai dalam pencalonan akhir bagi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2024/25 selaku pemain tengah terbaik oleh Malaysian Football League (MFL).

Beliau bagaimanapun berdepan persaingan sengit bersama Arif Aiman selepas kedua-dua pemain ini menonjol bersama pasukan masing-masing.

Ad

Pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia tiga kali berturut-turut ini cemerlang mencatatkan 18 jaringan dan 14 bantuan jaringan musim ini.

Ad

Persembahan cemerlang beliau ketika membantu Harimau Selatan beraksi dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) juga menjadi antara detik penting musim ini.

Ad

Seorang lagi pencabar anugerah tersebut ialah pemain tengah Sabah FC, Stuart Wilkin yang terus konsisten mengemudi jentera tengah The Rhinos musim ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments