Safawi Rasid Kongsi Rahsia Jaringan Sepakan Percuma
MakanBola
Terengganu FC
Sponsors

Ketua Pasukan Terengganu FC, Safawi Rasid berkongsi rahsia kepada semua bagaimana beliau berjaya menjaringkan beberapa gol melalui sepakan percuma.

Terkini, Safawi turut meledak jaringan melalui sepakan percuma ketika berdepan Kuala Lumpur City FC pada Sabtu yang mana menyaksikan Terengganu menang 2-0.

Ad

Ketika ditemui MFL selepas perlawanan, Safawi mendedahkan bahawa beliau melakukan latihan tambahan dalam mengambil sepakan percuma setiap hari.

Ad

“Saya rasa (jaringan) tu sama seperti menentang Negeri Sembilan FC. Sebab setiap hari saya berlatih sepakan percuma jarak jauh dan jarak dekat.

“Jadi Alhamdulillah, hari ini dapat lagi jaringan dengan sepakan percuma,” jelas Safawi seperti dikongsikan MFL.

Ad

Walau bagaimanapun, Safawi enggan mendabik dada dengan prestasi beliau kini kerana bagi beliau, ianya masih awal dan berharap agar dapat terus konsisten.

Ad

“Alhamdulillah dengan prestasi saya. Tapi masih awal. Saya kena berusaha dan teruskan konsisten,” ujarnya lagi.

Ad

Setakat ini, Safawi sudah meledak enam jaringan buat Terengganu dalam saingan Liga Malaysia musim ini iaitu bagi Liga Super dan Piala FA.

Safawi yang dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka akan terus membantu Terengganu dalam memperbaiki kedudukan di dalam carta Liga Super musim ini.