Safawi Rasid Bangkit, Kini Penjaring Tempatan Terbanyak JDT
Liga Super
Instagram: @officialjohor
Advertisements

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim, Mohd Safawi Rasid kini muncul penjaring tempatan terbanyak buat pasukannya sungguhpun mengharungi kempen peribadi yang kurang memberangsangkan pada musim ini.

Anak jati kelahiran Dungun, Terengganu ini sudah beraksi buat pasukan Harimau Selatan sejak berpindah pada tahun 2017. Walaupun berdepan saingan untuk mengekalkan posisinya setelah mengalami kecederaan pada awal tahun sehingga menyebabkan beliau diketepikan, beliau sentiasa tampil penuh berkeyakinan.

Sunguhpun begitu, beliau masih lagi membuktikan ketajamannya apabila berjaya meledak 3 gol pada musim ini. Pemain berusia 24 tahun ini merupakan satu-satunya pemain tempatan JDT yang menjaringkan 3 gol pada musim ini.

Advertisements

Carta penjaring terbanyak JDT pastinya diungguli oleh penyerang import mereka, Bergson Da Silva yang telah menyumbat 19 gol walaupun saingan belum berakhir.

Prestasi ampuh Safawi pastinya terus ditagih oleh Benjamin Mora untuk membantu pasukannya mengorak langkah bagi mengekalkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-8 berturut-turut.

Advertisements

Dengan kejohanan Piala AFF Suzuki dan juga kelayakan Piala Asia 2023 semakin hampir, prestasi cemerlang Safawi pastinya terus ditagih oleh Tan Cheng Hoe dalam usaha membentuk gandingan mantap di barisan serangan negara.

Semoga Safawi Rasid dapat meneruskan momentum beliau untuk membuktikan kemampuan sebenarnya sungguhpun bukan mudah untuk menemui prestasi terbaiknya apabila baru pulih daripada kecederaan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram