Safawi Rasid Rantai Mulut Pengkritik
Liga Super
Advertisements

Kritikan demi kritikan yang dilemparkan oleh peminat bola sepak tanah air terhadap bintang muda negara, Mohd Safawi Rasid reda apabila beliau kembali menemui rentaknya untuk membantu pasukan Johor Darul Ta’zim mengatasi UITM FC dengan jaringan 3-1.

Sungguhpun pasukan tuan rumah tersentak dengan jaringan penyerang import baru UITM FC, Joel Vinicius yang meletakkan pasukan pelawat di hadapan pada minit ke-42.

Tersentak dengan jaringan tersebut, JDT tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi rembatan kencang Gonzalo Cabrerra pada minit ke-50 untuk menyamakan kedudukan.

Advertisements

Kemasukan pemain sayap kanan Harimau Selatan itu menggantikan rakan sepasukan, Nazmi Faiz Mansor ternyata membuahkan hasil apabila gerakannya dilihat cukup berbisa terutamanya menerusi percubaan-percubaan baik selaim gerakan yang berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan pasukan lawan.

Hasilnya, Safawi berjaya mencuri bola dalam situasi kelam-kabut di dalam kotak D pasukan lawan apabila tenang menguis lalu melepaskan satu rembatan di bahagian kanan Zamir Selamat untuk meletakkan JDT di hadapan pada minit ke-73.

Pemain kelahiran Dungun ini juga turut cemerlang mengatur gerak bagi melancarkan serangan bertali arus ke arah gawang pasukan lawan. Akhirnya, JDT berjaya menambah satu lagi gol menerusi jaringan Bergson pada akhir babak permainan.

Advertisements

Persembahan memukau Safawi Rasid pada malam ini sedikit sebanyak berjaya menyuntik moralnya agar terus fokus meningkatkan semula prestasinya yang agak merudum setelah dilanda kecederaan pada awal tahun ini.

Semoga penyokong bola sepak tempatan terus memberikan sokongan buat pemain tempatan agar dapat memberikan aksi yang konsisten seterusnya menjadi tunjang kepada kemenjadian pasukan Harimau Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram