Advertisement
Safawi Rasid Tampil Kelainan Buat JDT
Liga Super
MakanBola
JOHOR Southern Tigers

Safawi Rasid menampilkan kelainan dalam aksi menentang PDRM apabila turun bermain dibahagian pertahanan.

Safawi yang masuk menggantikan Corbin Ong pada minit ke-71 permainan mengisi posisi pertahanan kiri JDT dalam perlawanan tersebut.

Ini adalah perkara baharu buat Safawi memandangkan beliau merupakan pemain serangan yang lebih dominan diposisi sayap kanan dan sayap kiri pasukan.

Pemain berusia 26 tahun itu bagaimanapun lebih kerap naik untuk berada dikawasan tinggi dan bermain lebih ofensif untuk membantu Forestieri dibahagian kiri padang.

Namun Safawi juga kerap turun membantu jentera pertahanan JDT dalam beberapa situasi yang menyaksikan PDRM cuba mengatur gerak serangan.

Persembahan Safawi yang bermain luar daripada posisi asal beliau berkemungkinan untuk memenuhi kehendak taktikal Tano Solari.

Walaupun JDT sudah mendahului PDRM 4-0, Solari tetap memasukkan 2 pemain menyerang menggantikan Corbin Ong dan Afiq Fazail.

JDT tetap menampilkan keinginan untuk menyerang apabila menurunkan lebih ramai pemain serangan pada babak kedua seperti Fernando Forestieri, Heberty, Syafiq Ahmad dan Safawi Rasid.

Safawi turut mempunyai 1 percubaan ke atas PDRM pada minit akhir melalui hantaran berbahaya Syafiq Ahmad namun cubaan tersebut gagal menerjah jaring PDRM.

Safawi Rasid kini telah memenangi 6 kejuaraan Liga Super bersama JDT sejak menyertai kelab tersebut pada Disember 2016 yang lalu.