Asia Tenggara
Ratchaburi FC
Advertisements

Pemain sayap negara, Safawi Rasid mengucapkan selamat tinggal kepada kelabnya, Ratchaburi FC.

Kapten Harimau Malaya ini beraksi secara pinjaman bersama kelab Liga 1 Thailand itu dengan memainkan peranan yang cukup penting di sana.

Beraksi di bawah kendalian Xavi Mori, pemain berusia 26 tahun ini banyak memainkan peranan yang cukup penting apabila beraksi sebanyak 13 perlawanan liga di sana.

Advertisements

Sungguhpun hanya menjaringkan satu gol, Safawi tetap diberi kepercayaan dengan gerakannya seringkali memberi masalah buat lawan.

Namun begitu, menerusi perkongsian beliau di laman Instagram, jodohnya bersama The Dragons sudah pun tamat.

Beliau menyatakan bahawa pengalaman di sama menjadi antara memori terbaik dalam kariernya.

Advertisements

“Pengalaman di sini bersama kamu semua sangat berharga. Terima kasih kepada Ratchaburi,” jelasnya dalam hantaran tersebut.

8FC6B2A2 EA06 4D5C AD07 622D76D2B874 Safawi Rasid Ucap Selamat Tinggal Kepada Ratchaburi

Sebagai rekod, Ratchaburi menamatkan saingan Liga 1 Thailand di tempat ke-8 dengan berjaya mara ke pentas separuh akhir Thai League Cup.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram