Safee Sali Ada Pesanan Khas Kepada Lawan JDT
Liga Super
Safee Sali
Advertisements

Selepas 12 perlawanan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) masih mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini. Biarpun pasukan yang dibimbing Esteban Solari itu sukar ditandingi, bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali merasakan JDT boleh saja tewas sekiranya kelab-kelab lain menerapkan dua aspek ini dalam pasukan mereka.

Dua aspek tersebut ialah menganalisis segala kelemahan dalam pertemuan sebelumnya menentang JDT dan menerapkan mentaliti tidak putus asa dalam kalangan pemain. Dari segi maklumat, sudah pasti pasukan-pasukan Liga Super mempunyai maklumat berkenaan JDT termasuk kelemahan mereka.

Safee turut menekankan aspek mentaliti kemenangan yang perlu dimiliki semua pasukan bila menentang Harimau Selatan. Ini kerana walaupun sedar lawan yang dihadapi berstatus kelab gergasi, pasukan-pasukan perlu menunjukkan kesungguhan bila beraksi di atas padang.

Advertisements

Bila itu dapat dilakukan, ini menunjukkan pasukan-pasukan ini mampu bersaing dengan Harimau Selatan tanpa mengira keputusan perlawanan yang diraih mereka. Dan ini sudah dibuktikan menerusi PDRM dan terbaru, Sri Pahang semalam.

“Ya, jadual liga sangat panjang. Itu yang kita nak lihat consistency daripada JDT. Dan saya nak lihat pencabar-pencabar yang lain, macam mana untuk pusingan kedua, mereka sudah kaji apa yang terjadi dalam separuh pertama liga.

Advertisements

“Macam mana diorang nak bangkit bila menentang JDT terutamanya membuat statistik, analisa – apa saja kelemahan JDT, mereka harus cari untuk tembusi dan bolosi pertahanan JDT.

“Dan mentaliti bila mereka datang berlawan dengan JDT pun, mereka harus ubah. Jangan fikir kalah, kita lawan untuk capai kemenangan. Bonus satu kemenangan. Tetapi persembahan itu (yang penting), bila kita cuba membuat percubaan (dan) bersaing dengan JDT.

Advertisements

“Saya rasa kalau JDT pasukan yang sukar ditentang seperti pasukan yang lain, mungkin yang dapat kemenangan ialah pasukan yang memberi saingan hebat kepada JDT,” katanya semasa menjadi panel liputan siaran langsung perlawanan JDT-Sri Pahang di Astro Arena Bola semalam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram