Safee Sali Cadang Hantar Skuad B-23 Ke ASEAN Championship
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali melihat ASEAN Championship 2024 cukup sesuai sebagai medan pendedahan skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23).

Pandangan ini dilontarkan beliau apabila ditanya tentang skuad mana yang patut dihantar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk kejohanan berkenaan.

Ad

Sebelum ini, FAM memaklumkan badan induk itu belum memutuskan skuad mana yang akan dihantar ke saingan berprestij di rantau Asia Tenggara itu.

Ad

Ini kerana sebarang keputusan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Skuad Kebangsaan yang dipengerusikan Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin.

Bagi Safee, kejohanan ini dilihat kejohanan yang sesuai untuk mendedahkan anak buat Juan Torres Garrido itu kepada saingan bola sepak antarabangsa yang berkualiti.

Ad

Dengan kejohanan itu diadakan di luar kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), beliau melihat pendedahan ini akan membantu skuad negara untuk jangka masa panjang.

Ad

“Kalau saya, (skuad) Bawah 23 (Tahun) untuk beri pendedahan dan kita ada sasaran yang lebih besar iaitu Piala Asia dan Piala Dunia.

Ad

“Patutnya macam Razman (Roslan) cakap, bukan dalam kalendar FIFA pun. Jadi, (kejohanan inilah kalau) nak bagi pendedahan kepada skuad Bawah 23,” katanya semasa panel program Nindia.

Pandangan Safee dilihat mirip dengan pandangan yang dilontarkan bekas pemain pertahanan kebangsaan, Mahali Jasuli tentang ASEAN Championship 2024.

Seperti bekas penyerang Selangor FC itu, Mahali merasakan kejohanan berkenaan sebagai medan pendedahan terbaik skuad B-23 negara.

“Sesuatu yang sukar bila liga masih berjalan dan sama dengan tarikh Piala AFF. Dan kita lihat skuad B-23 skuad yang paling sesuai untuk menggantikan skuad negara.

“Jika (pilih) skuad B-23 pun, kita masih memiliki pasukan yang baik untuk kejohanan ini,” katanya.

ASEAN Championship 2024 bakal membuka tirainya pada 8 Disember ini. Malaysia berada dalam Kumpulan A bersama juara bertahan Thailand, Singapura, Kemboja dan Timor Leste.

Skuad negara bakal membuka tirai kempen Kumpulan A dengan menentang Kemboja pada 8 Disember ini.