Safee Sali: Cerita Terengganu FC & JDT FC Berbeza Jika Ada VAR
Liga Super
@supersafee_10
Advertisements

Johor Darul Ta’zim (JDT) FC meraih kemenangan ke-14 dalam liga dengan membenam Terengganu FC 3-1 semalam. Tetapi bagi bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali, keputusan perlawanan mungkin saja berbeza sekiranya Harimau Selatan dipaksa beraksi dengan 10 orang pemain.

Beliau merujuk kepada satu insiden kekasaran membabitkan pemain gantian Peteh, Ivan Mamut dan bek tengah JDT FC, Feroz Baharudin pada minit ke-74. Mamut dikatakan menyiku Feroz sebelum pemain muda Harimau Selatan itu bertindak cuba mencekik penyerang import Croatia itu.

Atas sebab itu, Safee merasa terkejut dengan tindakan pengadil, Mohd Fusser Mad Sallih yang melayangkan kad merah terhadap Mamut.

Advertisements

Ini kerana dengan mengambil kira tindakan bek tengah Harimau Malaya itu terhadap penyerang skuad Penyu itu, Feroz juga sepatutnya diberi amaran atas tindakannya.

“Saya rasa kedua-dua pemain seharusnya diberi amaran. Dan saya terkejutlah dengan keputusan pengadil bagi red card. Mungkin dibantu oleh penjaga garisan yang melihat keadaan dengan lebih dekat.

Advertisements

“Tetapi bagi pendapat saya, Feroz juga harus diberi amaran kerana melakukan tindakan balas ke atas apa yang dilakukan Ivan Mamut. Kedua-duanya harus menerima kad sepatutnya,” katanya semasa menjadi panel perlawanan Liga Super Terengganu FC-JDT FC di Astro Arena semalam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram