Safee Sali Harap Piala MFL Mampu Gilap Lebih Ramai Bintang Muda
MakanBola
Bernama
Sponsors

Bekas penyerang negara, Safee Sali mengharapkan saingan Piala Liga Bolasepak Malaysia (MFL) ini mampu menggilap lebih ramai lagi bintang muda yang berkualiti. 

Beliau akui perlawanan Piala MFL ini antara yang lebih baik untuk membina akar umbi dan kemungkinan boleh dijadikan pelapis negara selepas Piala Presiden dan Piala Belia.

Ad

Dalam pada masa yang sama, Safee juga mahu Piala MFL ini terus berkembang dengan baik supaya menjadi sebuah pertandingan yang melahirkan bintang suatu hari nanti.

Ad

“Piala MFL mempunyai struktur tersendiri yang saya rasa sangat baik sebagai kesinambungan pembangunan pemain-pemain muda selepas Piala Presiden dan Piala Belia,” ujarnya.

“Saya harap Piala MFL mampu berkembang dengan baik sekali gus menjadi medan yang kompetitif dalam kita melahirkan pemain muda yang berkualiti,” katanya kepada Harian Metro.

Ad

Kehadiran Piala MFL bakal bermula pada 2 Mac ini yang melibatkan 15 pasukan termasuk Skuad Projek FAM-MSN dengan saingan akan dipecahkan kepada dua kumpulan.

Ad