Safee Sali Minta Struktur Liga Malaysia Dikaji Semula
Liga Super
@supersafee_10
Advertisements

Bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali berharap struktur Liga Malaysia (Liga M) ketika ini dikaji semula susulan jurang perbezaan yang melebar membabitkan pasukan Liga Super dan Liga M3.

Isu ini timbul selepas pasukan-pasukan Liga Super tidak diberi tentangan sengit oleh pasukan Liga M3 baik dalam saingan Piala FA mahupun Piala Malaysia.

Satu-satunya pasukan yang hampir mencipta kejutan ialah Harini FT bila menentang Sri Pahang dalam aksi pusingan 16 terbaik Piala Malaysia.

Advertisements

Safee melihat perkara ini berlaku disebabkan tiadanya lagi Liga Premier yang dahulunya berperanan sebagai divisyen kedua Liga M. Apabila Liga M ini dimansuhkan, ia mengakibatkan ketidakseimbangan dari segi kekuatan pasukan yang bertanding.

Selain itu, ini akan memberi kesan kepada pembangunan pemain-pemain tempatan terutama pemain-pemain muda. Hal ini akan menyukarkan skuad negara untuk merekrut pemain-pemain berkualiti untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Struktur liga perlu diperhalusi semula. (Jurang perbezaan) Liga Super dengan Liga M3 terlampau jauh. Liga M3 pun takde pemain import, Liga Super ada sembilan pemain import.

Advertisements

“(Perbezaannya) sangat ketara. Macam tahun lepas kita ada Liga Perdana, rentak permainan takdelah beza sangat. Kompetitif juga amat penting untuk liga dan pembangunan pemain.

“Pemain akan dapat pendedahkan bila beraksi di liga kompetitif tak kira Liga 1 atau Liga 2. Tapi ia kompetitif di mana ia akan mengembangkan karier pemain dan pembangunan pemain muda.

“Ada game (perlawanan) yang tight (sukar) dan ada game (perlawanan) yang fight (lawan). Itu saingan yang baik untuk pasukan kelab dan ia akan (beri) effect (kesan) kepada pasukan lain,” katanya semasa menjadi panel perlawanan Sri Pahang FC-Harini FT di Astro Arena semalam.

Advertisements

Dengan tersingkirnya KL Rovers FC dan Harini, kini saingan suku akhir Piala Malaysia kini didominasi oleh pasukan-pasukan Liga Super. Dua pasukan Liga M3 itu akan meneruskan cabaran dalam saingan Piala Cabaran MFL.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram