Safee Sali Puji Impak Besar Hector Hevel
MakanBola
PFAM/MNT
Sponsors

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali memuji impak yang dipamerkan pemain tengah Portimonense, Hector Hevel buat Harimau Malaya.

Meskipun baru tiba di Malaysia beberapa hari lalu, pemain tengah berusia 28 tahun itu dilihat cukup serasi dengan barisan pemain yang dipanggil Peter Cklamovski.

Ad

Hevel turut diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama untuk penampilan pertamanya bersama Harimau Malaya.

Ad

Bekas pemain FC Cartagena itu membalas kepercayaan Cklamovski dengan meledakkan gol sulungnya ketika aksi menentang Nepal. Malaysia meraih kemenangan 2-0 ke atas pasukan Asia Selatan itu pada 25 Mac lalu.

Safee memuji sumbangan Hevel kepada Harimau Malaya dalam perlawanan berkenaan. Pada masa sama, beliau turut mengingatkan bahawa Nepal bukan ujian sebenar buat skuad kebangsaan.

Ad

“Impak yang diberi Hector Hevel sangat baik. Apabila menjaringkan gol dalam perlawanan pertama, itu satu perkara yang harus dipuji,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Ad

“Permainan dia cukup sesuai dengan posisi dia. Macam saya cakap tadi, ujian sebenar dan terbesar bukanlah daripada pasukan Nepal.

Ad

“Itu sebab kita nampak keselesaan pemain kita beraksi dengan apa yang dirancang.”

Selepas ini, Malaysia akan menentang Vietnam untuk aksi kedua kelayakan Piala Asia 2027 pada 10 Jun.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments