Safee Sali Ramal Malaysia Tampil Cara Berbeza Berdepan China
Harimau Malaya
Safee Sali
Advertisements

Bekas penyerang negara, Safee Sali meramalkan skuad kebangsaan Malaysia bakal tampil dengan cara yang berbeza berdepan pasukan China kelak.

“Saya rasa mungkin Kim Pan-gon ada strategi yang lain untuk berdepan pasukan China kerana ketiadaan Shahrul Saad di posisi pertahanan, mungkin Junior Eldstal dan Sharul Nazeem akan diturunkan berdasarkan kombinasi dan keserasian mereka.” ujar Safee Sali dalam program Astro Arena.

“Dari segi keyakinan, para pemain pasti ada keyakinan untuk bermain lebih kuat bertemu China setelah mereka berjaya melakukan kebangkitan ke atas Syria tempoh hari.” tambah beliau lagi.

Advertisements

Safee Sali turut mengakui perlawanan menentang China adalah aksi yang sukar namun perlawanan ini dapat membantu pasukan Malaysia untuk terus berkembang.

Pada pandangan beliau, Malaysia perlukan lawan yang lebih kuat dan berada di ranking yang lebih tinggi untuk meningkatkan mutu permainan dan merasai persaingan yang sebenar.

Malaysia kini bakal berdepan pasukan China dalam satu lagi aksi persahabatan yang dijadualkan pada 9 September ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram