Advertisement
Safee Sali Terharu Dengan Tindakan JDT & TMJ
Liga Super
MakanBola
Safee Sali

Bekas penyerang berbisa Harimau Malaya, Safee Sali mengakui terharu dengan tindakan yang diusahakan oleh bekas kelabnya, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dalam karier bola sepaknya.

Beliau pernah menjadi antara penyerang paling digeruni semasa menyarung jersi Harimau Selatan itu mengucapkan jutaan terima kasih atas sambutan luar biasa di Stadium Sultan Ibrahim.

Malah, individu berusia 39 tahun itu dalam satu hantaran menjelaskan, sambutan tersebut merupakan satu penghargaan yang sangat besar buat seorang pemain sepertinya.

“Penghargaan yang sangat besar. Terima kasih atas perkenan dan majlis yang cukup luar biasa untuk seorang pemain.”

Hantaran tersebut disusuli dengan nama kelab JDT dan juga TMJ sekaligus menggambarkan penzahiran yang dilakukan oleh Safee terhadap bekas majikannya.

Beliau yang pernah membantu Malaysia menjulang Piala AFF 2010 sudah tentu akan terus meniti di bibir para peminat bola sepak tanah air sambil sumbangannya dalam bola sepak akan terus ditagih.

AE0FD7A3 9CA1 4914 BBA9 6632E9065FC3 Safee Sali Terharu Dengan Tindakan JDT & TMJ
FB: Safee Sali

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin percaya khidmat bekas pemain Pelita Jaya di Indonesia ini akan terus diperlukan untuk memajukan industri bola sepak tempatan.