Safee Sali Yakin Tano Solari Hadapi ‘Masalah’ Besar Di JDT
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Lagenda bola sepak Malaysia, Safee Sali yakin bukan mudah untuk pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari yang menghadapi ‘masalah’ besar bersama pasukan ketika ini.

Prestasi memberangsangkan di bawah kendalian pengendali kelahiran Argentina ini menyaksikan skuad Harimau Selatan masih tidak mencatatkan sebarang kekalahan pada musim ini.

Beliau bagaimanapun yakin prestasi baik yang ditampilkan oleh setiap pemain JDT terutamanya di jentera serangan telah menyebabkan kesukaran buat Solari untuk memilih pemainnya.

Advertisements

Katanya, kecemerlangan pemain import seperti Bergson, Diogo Louis dan juga Forestieri telah memberi pelbagai pilihan kepada Solari di samping aksi konsisten Arif Aiman banyak membantu pasukan.

“Ketiga-tiga pemain beraksi dengan cukup baik. Saya yakin pening juga Solari nak memikirkan untuk menurunkan siapa dalam persembahan terbaik dalam setiap perlawanan.”

Advertisements

“Solari pasti ada perasaan untuk menurunkan siapa dalam setiap perlawanan,” jelasnya kepada Astro Arena.

Berdasarkan rekod, Forestieri telah pun menjaringkan 15 gol manakala Bergson dan Diogo masing-masing dengan 8 dan 7 gol setakat ini.

Advertisements

Malah, ketiga-tiga mereka ini sentiasa tampil dengan persembahan yang diharapkan untuk terus memacu cabaran pasukan.

Setakat ini, juara bertahan Liga Super ini telah merekodkan 62 gol dan hanya dibolosi tiga selepas 16 aksi.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram