Pemain Korea Ini Ternyata Lalai Safiq Rahim Itu Lagenda
Asia
Photo by Mooinblack Thailand
Advertisements

Ternyata apa yang terjadi beberapa minggu terdahulu ketika Johor Darul Ta’zim menentang Pohang Steelers menggamit perhatian peminat yang matanya lebih terarah kepada aktiviti-aktiviti tidak berfaedah seperti ini berbanding perlawanan itu sendiri.

Manakan tidak apabila berlaku satu insiden di mana pemain Pohang, Jinho sedikit terlalai (lupa) bahawa Safiq Rahim itu lagenda mana mungkin boleh pemain sepertinya berani ingin bergaduh dengan Safiq Rahim.

Safiq Rahim sebelum ini akhirnya berjaya menunaikan impiannya untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara AFC dan aksinya menerima pujian banyak penyokong.

Advertisements

Aksi keras beliau di atas padang, karakternya sebagai seorang pemain senior dan pemimpin ternyata masih kuat dalam diri pemain berumur 34 tahun ini.

Saksikan aksi Jinho cuba ajak Safiq Rahim bergaduh namun selepas Safiq Rahim memusingkan wajahnya, Jinho lantas sedar ini wajah salah seorang skipper terbaik Asia yang pernah Malaysia miliki.

Sedar kesilapan Jinho yang terlalai, Jinho lantas mendiamkan diri dan perlawanan disambung semula tanpa sebarang masalah.

Advertisements
https://www.youtube.com/watch?v=4Kv3PAl9QHg
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram