Pertahanan yang juga kapten Selangor, Safuwan Baharudin memberi bayangan kepada peminat seakan bakal berpisah bersama pasukan.
Pemain kebangsaan Singapura itu merupakan tunjang utama pasukan Selangor pada musim ini apabila sering kali menjadi pilihan barisan kejurulatihan untuk mengemudi pertahanan.
Walau bagaimanapun, hasil semakan di laman Transfermarkt menyaksikan kontrak Safuwan serta Selangor bakal berakhir pada 31 Mei ini sekaligus mencetuskan tanda tanya tentang masa depannya.
Menerusi satu hantaran di laman Instastory menyaksikan Safuwan menarik keluar nombor dan nama di pintu loker beliau dengan filter gelap dan juga lagi berjudul See You Soon.

Untuk rekod, Safuwan merekodkan 29 penampilan musim ini dan telah menjaringkan 4 gol selain 3 bantuan jaringan untuk membantu Selangor muncul juara Challenge Cup serta naib juara Piala Fa.