Selangor FC hari ini mengumumkan kemasukan semula pemain tengah kebangsaan Singapura, Safuwan Baharudin bagi memperkuatkan pasukan bagi harungi saingan baharu Liga Super 2023.
Pemain berusia 31 tahun ini berharap agar penyokong-penyokong Selangor dapat menerima dirinya kembali. Beliau akui tidak pernah meninggalkan Selangor.
“Saya rasa saya tidak tinggalkan pasukan pun, kecederaan yang lalui pada 6 bulan yang lalu menyebabkan saya perlu membuat keputusan penting untuk diri saya.
“Saya harap penyokong dapat terima saya, saya akan cuba buat yang terbaik.
“Penyokong Selangor memang luar biasa, setiap kali hari perlawanan memang sentiasa penuh stadium.
Sebelum beliau menamatkan kontrak bersama Negeri Sembilan, terdapat beberapa tawaran dari kelab Malaysia dan juga Thailand.
Namun, selepas berbincang bersama keluarga, Safuwan membuat keputusan untuk sertai Selangor dibawah kempimpinan baharu Tan Cheng Hoe.
“Saya membuat keputusan ke Selangor semula kerana nasihat daripada Ibu Bapa saya.
Bekas pemain Negeri Sembilan ini tekad membantu Selangor pada saingan kali ini. Beliau percaya tiada masalah dari segi komunikasi antara pemain akan timbul kerana sebelum ini beliau telah bersama Selangor selama 3 tahun.
“Saya kenal hampir semua penain disana dalam 70 peratus, tiada masalah dari segi komunikasi kerana lebih 3 tahun saya di Selangor.
“Saya harap serasi dengan pemain import baharu dan pemain tempatan baharu,” katanya di laman Youtube Selangor FC.