Safuwan Baharudin Kesan Kunci Utama Jaringan Selangor
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Ketua Pasukan Selangor FC, Safuwan Baharudin berjaya mengesan kunci utama jaringan Selangor yang mana menyaksikan pemain antarabangsa Singapura itu turut mencipta hatrik.

Bagi Safuwan, pemain Selangor agak merbahaya dari segi set piece terutamanya dari tendangan sudut dan ianya menjadi salah satu kunci utama kepada kemenangan besar 4-1 Selangor ke atas Terengganu.

Ad

“Alhamdulillah, bukan benda yang mudah (meledak hatrik). Saya rasa bukan saya saja yang menyumbang pada malam ini. Saya rasa keseluruhan dengan rutin set piece.

Ad

“Kita tahu yang kita agak bahaya dengan set piece. Dan itu merupakan salah satu kunci utama yang membolehkan kami menjaringkan gol malam ini,” jelas Safuwan ketika ditemubual MakanBola selepas perlawanan.

Selain hatrik Safuwan, satu lagi jaringan yang dihasilkan Selangor adalah menerusi jaringan penyerang muda Jordan, Reziq Bani Hani. Manakala jaringan tunggal Terengganu dihasilkan Ismaheel Akinade.

Ad

Selangor mengesahkan tempat ke final Piala FA dengan agregat 6-4 dan perlu menunggu lawan di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC yang akan berentap dalam satu lagi aksi separuh akhir malam ini.

Ad