Bintang Liverpool, Mohamed Salah mengumumkan bahawa saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2024/25 adalah musim terakhirnya bersama Liverpool.
Pemain berusia 32 tahun itu mahu menikmati musim terakhirnya dengan gembira tanpa memikirkan mengenai masa depan.
“Seperti yang anda tahu ini tahun terakhir saya di kelab… Saya hanya mahu menikmatinya, saya tidak mahu memikirkannya.
Beliau menyatakan bahawa tiada seorang pun wakil dari pihak kelab mahu menawarkan ataupun berbincang mengenai kontrak dan tentang masa depannya di Anfield.
Oleh itu, beliau menjangkakan tahun ini adalah tahun terakhirnya memandangkan baki kontraknya akan tamat pada musim ini.
“Belum ada sesiapa dalam kelab yang bercakap dengan saya mengenai kontrak, jadi saya katakan ia adalah musim terakhir saya.
“Perjanjian baru? Ia bukan terpulang kepada saya… tetapi tiada siapa yang bercakap dengan saya di kelab,” kata Mo Salah memetik laporan Fabrizio Romano di laman X miliknya.
Pemain sayap Liverpool itu baru sahaja menyumbang 1 gol dan dua bantuan jaringan ketika menewaskan Manchester United minggu lepas.
Ketika ini, Mo Salah mempamerkan prestasi cemerlang bersama Liverpool apabila pada musim baharu ini beliau mencatatkan 3 gol dan 3 bantuan jaringan dalam 3 perlawanan berturut.
Teka-teki mengenai masa depannya bersama The Reds akan diketahui kelak.