Suasana penuh semangat dan kemeriahan jelas terasa dalam acara Football Watch Party anjuran Tiger Balm bersama Bayern Munich yang berlangsung pada tengah malam Ahad di SOULed Out, Sri Hartamas.
Acara ini menjadi medan pertemuan peminat setia Die Roten yang hadir beramai-ramai untuk menyaksikan aksi terakhir Bundesliga musim ini sambil meraikan kejuaraan kelab kesayangan mereka.
Lebih istimewa, malam tersebut turut menjadi penghargaan buat pemain lagenda Thomas Müller yang mengakhiri perjalanan panjangnya bersama Bayern Munich dengan penuh emosi.
Turut memeriahkan acara ialah kehadiran dua lagenda bola sepak Malaysia, Datuk Santokh Singh dan Datuk Soh Chin Aun, yang disambut meriah oleh para peminat dan tetamu yang hadir.
Beberapa pemain bola sepak tempatan juga turut serta, termasuk Shivan Pillay dan Ahmad Khairil Anuar, menambah aura bola sepak tempatan dalam sambutan berprestij ini.
Bagi memeriahkan lagi suasana, pihak penganjur turut mengadakan sesi cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik untuk para hadirin yang bertuah.
Antara hadiah paling dinantikan adalah barangan eksklusif Bayern Munich termasuk jersi rasmi yang ditandatangani oleh pemain-pemain utama kelab itu seperti Jamal Musiala, Harry Kane dan Thomas Mueller.
Selain itu, para tetamu juga disajikan dengan hidangan ringan serta aktiviti interaktif berkaitan bola sepak yang menambah kehangatan malam penuh kenangan ini.
Secara keseluruhan, acara ini bukan sekadar tontonan bola semata-mata, tetapi juga platform menyatukan peminat, legenda dan pemain dalam satu sambutan penuh semangat Bundesliga