Sandro Mendonca Kembali Hijau Kuning
MakanBola
FA Kedah

Bekas pemain import Kedah, Sandro Mendonca kini kembali ke Kedah dengan cara yang sedikit berbeza selepas meninggalkan pasukan Hijau Kuning pada awal tahun 2019.

Sandro yang kini berusia 40 tahun telah didaftarkan sebagai ahli bersekutu yang merupakan keahlian khas buat Kelab Penyokong Hijau Kuning Negeri Kedah (HKC).

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Hijaukuning.Com di laman Facebook rasmi kelab penyokong itu. Selain Sandro, antara nama besar yang turut serta menjadi ahli adalah lagenda Kedah, Nelson Sam Martin dan bekas jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah.

@fariszukeiman

KL City cuba mencari jalan terbaik selesaikan kemelut pasukan. 🥲✍️ Info lanjut di @MakanBola #MakanBola #Malaysia #ligasupermalaysia #KLCity #KhalidSamad

♬ original sound – faris.z – faris.z

“Sandro telah didaftarkan sebagai Ahli Bersekutu iaitu keahlian khas bagi individu bukan warganegara Malaysia. Ini adalah selaras dengan perlembagaan HKC dimana keahlian HKC turut diperluaskan kepada bukan warganegara.

“Walaupun kini Sandro jauh berada di Brazil, namun rasa sayang dan cinta kepada bolasepak Kedah tetap kekal utuh sehingga hari ini. Ini juga membuktikan HKC adalah suatu platform sokongan yang baik,” coret Hijaukuning.Com di laman rasmi Facebook rasmi mereka.

Untuk rekod, kali terakhir Sandro beraksi di Malaysia adalah pada musim 2021 di mana beliau menyarung jersi Sarawak United FC. Namun segalanya tidak berakhir seperti yang diinginkan apabila isu tunggakan gaji melanda kelab berkenaan.

Kini, Sandro yang berusia 40 tahun masih belum mengumumkan persaraan beliau dari arena bola sepak. Melalui tinjauan di laman instagram beliau, beliau telah memuat naik beberapa postingan berkenaan Kedah dan Selangor yang turut pernah diwakilinya.