Sandy Walsh Hafal Lagu Indonesia Dalam Pesawat
MakanBola
Sandywalsh
Sponsors

Permain KV Mechelen, Sandy Walsh dilihat sedang menghafal lagu kebangsaan Indonesia di dalam pesawat sepanjang perjalanannya dari Belgium ke Jakarta.

Beliau bakal menjalani acara angkat sumpah sebagai rakyat Indonesia pada Khamis, 17 November bersama pertahanan tengah JDT, Jordi Amat.

Ad

Perkara itu telah dikongsikan oleh beliau di laman IG Story miliknya dengan gambar lagu bertajuk Indonesia Raya.

Ad

Lagu Indonesia Raya merupakan antara syarat yang akan dinyanyikan ketika majlis angkat sumpah warganegara Indonesia. Sandy menghafal lagu tersebut bagi memudahkan urusan beliau di dalam majlis itu kelak.

Sandy Walsh merupakan antara pemain keturunan yang berjiwa besar untuk menjadi salah seorang pemain kebangsaan Indonesia sejak 2018.

Ad

Berkemungkinan, untuk Piala AFF 2022 yang bakal berlangsung pada 20 November nanti, beliau akan membuat penampilan yang pertama bersama skuad kebangsaan Indonesia.

Ad