Sanusi Akui Gaji Pemain Kedah Tinggi
Dunia
MakanBola
Bernama
Advertisements

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan bahawa gaji yang diterima oleh para pemain Kedah ketika ini tinggi namun ia tidak mempengaruhi persembahan mereka di atas padang.

Pasukan Hijau Kuning ketika ini berada di bawah tahap prestasi sebenar apabila mereka tersingkir dari kejohanan Piala AFC selepas tumpas kepada PSM Makassar.

Advertisements

Menurut satu kenyataan oleh Sanusi, gaji hakikatnya bukanlah satu isu yang menjadi perdebatan dalam pasukannya kerana gaji yang diterima jurulatih dan pemain import pasukan itu lebih tinggi berbanding PSM Makasar.

Beliau melihat pelbagai faktor lain yang mungkin menjadi sebab kemerosotan prestasi pasukan termasuklah teknikal dan juga taktikal Kedah di atas padang.

Advertisements

“Pada aksi separuh akhir Piala AFC di Bali, saya sempat menemui pihak pengurusan pasukan itu dan bertanya mengenai gaji pemain dan jurulatihnya.”

“Mereka (PSM Makassar) menggunakan khidmat jurulatih dari Portugal dan membayar gaji sekitar USD10,000. Kita (KDA FC) bayar dua kali ganda berbanding mereka untuk jurulatih kita.”

Advertisements

Berkenaan dengan gaji pemain import, Sanusi juga kelihatan terkejut apabila mereka dibayar jauh lebih rendah berbanding import pasukan Kedah ketika ini.

“Pemain import mereka pula paling tinggi dibayar kira-kira USD15,000, kita jauh lagi tinggi daripada itu,” jelasnya oleh Arena Metro.

Advertisements

 Beliau yang ditemui selepas merasmikan majlis penutup sambutan Hari Belia Negara peringkat Negeri Kedah 2022 mahu Kedah melihat semula kelemahan pasukan secara holistik dalam usaha untuk meraih slot ke Asia pada tahun hadapan.

News Comments Account