Sanusi Bakal Tinggalkan Kedah?
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah Darul Aman (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor disebut-sebut bakal melepaskan jawatan yang disandangnya dalam persatuan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu menang tanpa bertanding berjaya dalam pemilihan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Eksekutif KFA bagi penggal 2022 hingga 2026.

Posisi tersebut dikatakan masih tidak ‘selamat’ apabila Menteri Besar Kedah ini dikatakan bakal memberi laluan kepada individu baharu untuk menerajui persatuan tersebut.

Advertisements

Seperti yang sedia maklum, sesi Plihan Raya Negeri (PRN) baru sahaja selesai yang menyaksikan dua individu yang tidak asing dalam arena bola sepak iaitu lagenda bola sepak Kedah, Radhi Md Din dan Baddrol Bakhtiar telah membuat keputusan untuk bertanding mewakili Perikatan Nasional (PN).

Baddrol yang membuat keputusan untuk melangkah ke arena politik berjaya memenangi DUN Gurun manakala Radhi Md Din yang juga Naib Presiden KDA FC menang di DUN Alor Mengkudu.

Menerusi beberapa khabar angin yang berlegar di media sosial, terdapat kemungkinan bahawa Kedah akan mendapat sentuhan segar dengan melantik presiden baharu.

Advertisements

Perkara ini bagaimanapun tidak disahkan lagi oleh mana-mana pihak berkaitan dengan proses memilih Menteri Besar baharu belum lagi dimuktamadkan.

Pengalaman sebagai seorang pemain yang memahami selok-belok bola sepak sudah pasti menjadi kelebihan sekiranya bekas pemain dilantik bagi jawatan tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram