Sanusi Dakwa Terdapat Pecah Amanah Tabung CAS Akhyar Rashid
Liga Super
JST & KDA FC
Advertisements

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor membuat pendedahan mengejutkan apabila memaklumkan bahawa terdapat kes penyelewengan yang melibatkan tabung CAS bekas pemain KDA FC, Akhyar Rashid.

Umum mengetahui bahawa perpindahan Akhyar Rashid ke Johor Darul Ta’zim (JDT) terpalit dengan beberapa kontroversi berkaitan isu penebusan kontrak dan sebagainya.

Pemain berusia 24 tahun dikehendaki membayar RM210,000 untuk menebus baki kontraknya bersama KFA sebelum berhijrah ke pasukan lain.

Advertisements

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) ketika itu telah membawa kes tersebut Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) setelah pelbagai usaha lain seakan tidak membuahkan hasil.

Menerusi satu klip video berkenaan ucapan Sanusi, beliau membuat pendedahan bahawa terdapat pecah amanah berhubung kutipan wang CAS Akhyar Rashid.

Advertisements

Katanya, individu yang bertanggungjawab dalam menguruskan perkara tersebut hanya memasukkan RM10 ribu sahaja ke dalam akaun kelab.

“Ada seorang budak kata Sanusi kaki pembohong kaki kelentong. Budak ni masa jaga bola sepak tinggal hutang RM16 juta. Sembang apa?”

Advertisements

“Pakai tin milo kutip (duit) kes Akhyar, dapat RM50 ribu tapi masuk akaun RM10 ribu. Kita tak cerita lagi persatuan hoki,” jelas Sanusi panjang lebar.

Sanusi juga memberitahu bahawa beliau masih tidak menceritakan sepenuhnya berhubung perkara ini dan belum mendedahkan perkara sebenar.

Advertisements

Persatuan Bolasepak Kedah sebelum itu dikepalai oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah menjelaskan duit sumbangan yang berjumlah RM50,000 telah habis digunakan.

Ini untuk menampung kos guaman bagi kes tersebut dan KFA juga terpaksa menampung segala kos tambahan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram