Sanusi: Jangan Sampai Saya Cerita Semua
Dunia
Muhammad Sanusi Md Nor
Advertisements

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi menegaskan mengenai penolakan pemberian kuasa penuh kepada seseorang individu di dalam sukan bola sepak.

Beliau menjelaskan kenyataan ‘tokong’ yang dibuat sebelum ini dibuat selepas wujud campur tangan ‘individu’ tertentu dalam mengatur dan memberikan arahan kepada pasukan-pasukan lain.

Sanusi juga mendedahkan bahawa individu tersebut akan memberikan bonus sekiranya berjaya menewaskan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Advertisements

“Saya maksudkan ‘tokong’ itu (adalah) jangan (ada seseorang yang) terlalu supreme atau semua orang kena tanya dia (individu berkenaan). Mana boleh macam itu. Bola sepak permainan untuk semua orang.

“Dia ‘order’ sana, ‘order’ sini, suruh buat ini, suruh buat itu. Kawan (ada pihak) nak pergi latih sana, kena tanya dia dulu. Lepas itu dia ‘round‘ pusing pasukan lain, beri bonus kalau menang dengan Kedah. Saya tahu semua itu. Dia ingat orang tak tahu. Jangan bagi saya cerita semua,” ujarnya kepada Sukan Awani.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri program Santai Anak Utara di Taman Jubli Emas, Alor Setar pada Sabtu.

Advertisements

Sebelum ini, dunia bola sepak dikejutkan dengan kepulangan semula Syafiq Ahmad ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). Walaupun tempoh pinjaman selama setahun, namun JDT membuat keputusan memanggilnya lebih awal.

Keputusan itu juga dilihat dilakukan selepas kenyataan secara terbuka Sanusi berhubung isu pengadilan dan gelaran ‘tokong’ yang diberikan kepada individu tertentu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram