Saraf Otak Amri Yahya Tak Pernah Berehat
MakanBola
Unifi sports
Sponsors

Penyerang Sabah, Amri Yahya melakukan tindakan tak masuk akal apabila beliau mengesel kakinya di sudut sepakan penalti sebelum diambil oleh penyerang JDT, Bergson Da Silva.

Tindakan Amri Yahya itu mengundang padah apabila pengadil perlawanan mengesan perkara tersebut dan terus melayangkan kad kuning kepadanya.

Ad

Kemudiannya, Bergson gagal menyempurnakan penalti tersebut kerana sepakan deras beliau berjaya di tangkap kemas oleh penjaga gol Sabah, Damien Lim.

Ad

Perbuatan seperti ini memang sinonim dengan bola sepak dimana-mana termasuk di Eropah kerana ianya kadangkala boleh menggangu seseorang itu untuk mengambil sepakan penalti dengan sempurna.

Ad

Walaubagaimanapun, Sabah gagal mendapatkan sebarang jaringan untuk membawa bekalan selesa apabila bertandang di Stadium Sultan Ibrahim nanti.

Ad