Advertising
Sarawak Bakal Miliki Litar Antarabangsa Di Gedong
UltraSukan
PxHere

Malaysia bakal memiliki sebuah lagi litar perlumbaan antarabangsa selepas Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Ini selepas kerajaan Sarawak meluluskan pembinaan sebuah litar bertaraf dunia di Gedong, Serian dengan kapasiti 100,000 penonton. Perkara ini disahkan sendiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ad

Abang Johari memaklumkan Gedong disifatkan lokasi yang sesuai kerana litar lumba tidak boleh dibina berdekatan dengan bandar seperti SIC.

Ad

“Trek sebegini tidak boleh dibina di kawasan bandar seperti di Litar Antarabangsa Sepang maka kawasan yang paling dekat dengan bandar adalah di Gedong.

“Hal ini kelak membolehkan Gedong menjadi kawasan antarabangsa bagi sukan permotoran,” katanya baru-baru ini.

Ad

Litar ini dikatakan bakal dibina di sebuah kawasan yang dipanggil Gedong Ithmus yang berkeluasan 600 ekar. Gedong Ithmus akan dibangunkan secara moden meliputi aspek seperti perumahan mampu milik, kompleks sukan, pusat pentadbiran dan hotel.

Ad

Selepas litar ini siap, ia dijangka menjadi tarikan pelancongan terbaru Sarawak terutama dalam kalangan pencinta sukan permotoran.

Ad

Sebelum ini, Presiden Persatuan Permotoran Sarawak, Senator Datuk Ahmad Ibrahim memaklumkan litar lumba tersebut bakal dibina bukan di Gedong Ithmus tetapi berhampiran dengan Gedong.

Kerajaan Sarawak merancang membina laluan jalan raya baharu sepanjang 19 km yang akan menghubungkan Serian ke Gedong untuk merealisasikan pembangunan litar tersebut. Sarawak turut merancang membina satu lagi jalan sepanjang 74 km ke Samarahan.