Sarawak United Lapor TMJ, Tunggakan Gaji Dah Selesai
MakanBola
hrhcrownprinceofjohor / Sarawak United
Sponsors

Umum mengetahui bahawa pasukan Liga Super, Sarawak United sebelum ini mengalami masalah tunggakan gaji para pemainnya sejak 4 bulan yang lalu.

Lebih memeritkan ada antara pemain yang terpaksa mengikat perut untuk menampung perbelanjaan harian dek kerana gaji tertunggak berbulan-bulan.

Ad

Awal bulan lalu, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) telah meninggalkan komen di laman instagram rasmi Sarawak United. Komen itu berbunyi “Bayar Gaji,” coret TMJ.

Ad
bayar gaji Sarawak United Lapor TMJ, Tunggakan Gaji Dah Selesai

Semalam, Sarawak United mengumumkan melalui satu siaran media bahawa tunggakan gaji yang membelenggu pasukan itu sudah diselesaikan dengan jayanya. Sarawak United juga mengambil inisiatif untuk memberitahu TMJ semula bahawa segala tunggakan gaji sudah diselesaikan.

Sarawak 1 Sarawak United Lapor TMJ, Tunggakan Gaji Dah Selesai

TMJ sangat dikenali dengan sikap ambil berat lebih-lebih lagi ianya mengenai kebajikan para pemain yang beraksi di Liga Malaysia. Sudah tentu sebagai penaung diraja Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), TMJ tidak mahu kebajikan para pemain diabaikan majikan.

Ad