Sarawak United Umum Senarai 23 Pemain Untuk Musim 2023
MakanBola
Sarawak United FC
Sponsors

Walaupun dibelenggu isu kewangan, ia bukan satu halangan buat Sarawak United untuk bangkit semula. Ini dibuktikan menerusi pengumuman skuad penuh yang bakal menghadapi saingan Liga M3 musim ini.

Kebanyakan pemain yang menyertai skuad The Golden Hornbill itu terdiri daripada pemain-pemain muda. Hanya satu nama saja yang dikenali penyokong Sarawak United iaitu Ashri Chuchu.

Ad
Sponsors

Tidak seperti rakan-rakan sepasukan lain yang memilih untuk angkat kaki susulan isu pengurusan gagal membayar gaji, Ashri memilih untuk kekal. Pengalaman pemain berusia 31 tahun itu dijangka akan ditagih bagi membantu pasukan mengharungi saingan Liga M3.

Disebabkan majoriti pemain The Golden Hornbill terdiri daripada pemain-pemain muda, ini memberi peluang kepada jurulatih S. Balachandran untuk menggilap bakat mereka menjadi pemain yang lebih baik.

Ad

Ini kerana selain pernah menjadi penolong jurulatih kepada Tan Cheng Hoe untuk Harimau Malaya (2018-2021), beliau juga pernah menjadi jurulatih skuad B-16 negara.

Ad