Asia Tenggara
Advertisements

Bekas pelatih Selangor FA, B.Sathianathan mungkin buntu untuk membuat keputusan setelah menerima banyak tawaran daripada pasukan liga tempatan dan juga pasukan luar negara.Beliau sendiri mengakui telah dirisik oleh beberapa pasukan setelah dipecat oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Dengan ini, kemungkinan besar jurulatih berusia 62 tahun itu tidak akan berehat lama.Namun, Sathia menegaskan bahawa dia perlu memikirkan tawaran yang diterimanya secara serius sebelum membuat keputusan.

Pesawat MAS MALAYSIA 16 Sathia Akui Diburu Pasukan Dalam Dan Luar Negara
B.Sathianathan semasa menjadi jurulatih Selangor

“Memang ada tawaran daripada beberapa pihak dari dalam dan luar negara namun lebih kepada cakap cakap dan masih tiada tawaran rasmi.Bila ada tawaran rasmi, mungkin saya akan pertimbangkan.”

Advertisements

B.Sathianathan menjadi satu-satunya jurulatih yang dipecat pada musim ini setelah dibelasah oleh pasukan Johor Darul Takdzim (JDT).

Kali terakhir Sathia mempunyai karier yang gemilang adalah pada tahun 2017 & 2018 semasa menjadi jurulatih di Felda United yang menarik diri daripada kejohanan liga Malaysia pada tahun hadapan.

Pencapaian Sathia di Felda United

Setelah dipecat oleh FAS, Sathia sekarang dilihat lebih banyak menghabiskan masa menjadi pundit atau menjadi tetamu jemputan di stesen radio dan juga television tempatan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram