Advertising
Sathianathan: Prestasi Selangor Zaman Saya Lebih Baik Berbanding ‘DNA Jerman’
MakanBola
Felda United FC / Selangor FC

Melihat kegoyahan konsistensi pasukan Selangor FC musim ini, ramai berpendapat bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan pasukan yang sarat dengan sejarah kejayaan ini.

Antara individu yang meluahkan rasa kurang senang dengan prestasi turun naik Selangor adalah bekas jurulatih pasukan itu, B. Sathianathan. Sathia menganggap Selangor yang sekarang tidak sama seperti apa yang beliau sendiri hadapi ketika membimbing pasukan itu untuk dua musim iaitu musim 2019 dan 2020.

Ad

Yang membezakan dahulu dan sekarang adalah dari segi sumber kewangan. Sathia berkata, kedudukan Selangor seharusnya berada di atas pasukan-pasukan lain seperti Negeri Sembilan, Sabah dan Kuala Lumpur.

Ad

“Zaman saya dahulu pengurusan tiada duit, beza dengan sekarang yang sepatutnya lebih membuahkan hasil dengan jurulatih dari luar negara.

“Masih ingat lagi suatu ketika dahulu, saya pernah minta untuk menggantikan pemain import Rufino Segovia kerana beliau mengalami kecederaan tapi pengurusan ketika itu tiada bajet, duit dibelanjakan lebih pada logistik walhal pengurusan pemain sepatutnya diutamakan.

Ad

“Sepatutnya permainan Selangor lebih baik daripada pasukan Sabah, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur kerana berjuta wang telah dibelanjakan menyamai rekod TMJ,” katanya kepada Majoriti.

Ad

Di akhir temubual, Sathia berharap pengurusan pasukan Selangor dapat diperbaiki dan memberi kesimpulan DNA Jerman merupakan sebuah kegagalan.

Ad

“Jangan terikut-ikut sangat rentak permainan luar negara kalau pengurusan tak diperbaiki.

“Saya berani kata prestasi pasukan ketika zaman saya lebih baik jika dibandingkan coach Michael Feichtenbeiner ataupun ‘DNA German’ yang terbukti tak berhasil,” katanya mengakhiri perbualan.