Asia Tenggara
Advertisements

Usaha keras JDT yang tidak hanya menaik taraf pelbagai kemudahan, malah mempromosikan jenama Johor Darul Ta’zim itu sendiri keseluruh dunia membuahkan hasil apabila rata-rata peminat Madura United memberikan komen positif dan bangga.

Walaupun Madura United dijangka hanya bertemu pasukan kedua JDT iaitu JDT II namun penyokong Madura United tetap sedar kualiti JDT sebagai sebuah organisasi bola sepak yang kuat dan kukuh.

Menurut Firman Hidayat, bermain menentang JDT adalah satu pendedahan yang baik kerana JDT merupakan bekas juara Piala AFC.

Advertisements
163161 130869560309109 2524133 n 'Satu Kebanggaan Diundang Bertemu JDT' - Penyokong Madura United
Firman Hidayat / Facebook / Firman Hidayat/ fb.com/firman.hidayat.58118

“JDT kelab kaya raya yang fasilitasnya sudah sama taraf eropah. Menjuarai Liga berturut-turut dan pernah menjuarai Piala AFC.”

“Sesuatu yang amat membanggakan buat Madura United apabila diundang untuk perlawanan persahabatan bersama JDT”, jelas Firman Hidayat.

Firman Hidayat merupakan lelaki kelahiran Pamekasan dan merupakan penyokong tegar Madura United.

Advertisements

Sekumpulan penyokong Madura United bercadang untuk hadir ke Johor Bahru untuk menyaksikan perlawanan ini berlangsung.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram