Saga perpindahan pemain sensasi Terengganu FC, Azam Azmi masih belum tamat tatkala sebuah lagi pasukan Liga Super sedang memburu khidmat.
Beberapa hari kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai masa depan pemain yang mesra disapa ‘Aney’ ini apabila beliau dikatakan mahu dilamar oleh sebuah kelab gergasi Liga Super.
Menerusi pengesahan oleh agen pemain kelahiran Penang ini menyatakan bahawa beliau telah menyatakan hasrat untuk kekal bersama Terengganu.
Tatkala khabar mula reda, timbul satu lagi ura-ura yang memberitahu bahawa sebuah lagi pasukan ‘top team’ Liga Super sedang berusaha keras untuk membawa pemain berusia 22 tahun itu.
Perkara ini akhirnya disahkan oleh penganalisis bebas bola sepak Malaysia, Piang Shankly menerusi perkongsian terbarunya.
“Drama Aney belum tamat. Satu lagi top team Liga Super approach Aney,” ujar Piang di laman Twitternya.
Malah, ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengakui sedar akan khabar angin bahawa terdapat beberapa pasukan yang mahukan khidmat pertahanan kanan pasukannya.
Setakat ini, masih tiada perkembangan lanjut tatkala agen Azam Azmi, Joe Berbatov memaklumkan masih tiada tawaran rasmi diterima.