Satu Lagi Safee Sali Hampir Dilahirkan Suatu Ketika Dahulu
Harimau Malaya
The Star
Advertisements

Di kala skuad kebangsaan Malaysia ketandusan penyerang tulen, pasti ramai di antara kita tidak menyedari bahawa penyerang tulen hebat seperti Safee Sali hampir sahaja dilahirkan semula dalam program akademi, Frenz United satu ketika dahulu.

Umum maklum bahawa Frenz United telah pun melahirkan beberapa pemain muda berbakat seperti Hadi Fayyadh, R. Kogileswaran dan Danial Amier Norhisham. Namun akademi tersebut terpaksa ditutup akibat masalah kewangan.

Bekas pengendali Frenz United, Ahmad Fairuz Yunus baru-baru ini telah mendedahkan bahawa Frenz United hampir melahirkan seorang penyerang tulen sehebat Safee Sali namun segalanya tidak menjadi kenyataan kerana terdapat masalah yang timbul.

Advertisements

“Ada satu penyerang (di Frenz United satu ketika dahulu) kalau kita didik dia betul-betul, sekarang ni, dia dah boleh jadi The Next Safee Sali dah. Haikal namanya. Tapi disebabkan salah didik dan tak sabar budak ni injured. Bagi saya dia macam burned out dari segi mental dan fizikal. Asyik main dan terus main.

“Kita di Frenz United amalkan sistem penggiliran. Masa bermain setiap pemain adalah sama. Tak boleh terlalu lebih dan tak boleh terlalu kurang,” kata Fairuz yang juga merupakan bekas jurulatih BRM FC.

Advertisements

Dalam pada itu, Fairuz juga bercerita mengenai pemilik Frenz United yang dikatakan tidak memahami istilah pembangunan pemain muda dan acap kali mempertikaikan pemilihan pemain.

“Bila Haikal tak main, pemilik tanya, kenapa Haikal tak main? Haikal perlu rehat supaya tak burned out. Di situ (pembangunan pemain muda), owner tak faham. Jadi bila kita tak faham perkara sebegitu, masalah akan berlaku,” luahnya kepada A2N Studio.

Advertisements

Untuk rekod, masalah kewangan menjadi kekangan utama untuk Frenz United terus berkembang yang menyebabkan ianya terus berkubur. Dikhabarkan pada ketika itu, setiap pelatih Frenz United diberi biasiswa hampir RM80,000 setahun. Akademi itu mengumumkan tidak meneruskan operasi pada 2016.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram