Advertising
“Satu Penghargaan Dapat Main 90 Minit Selepas Setahun” – Syamer Kutty
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Jeneral tengah Harimau Malaya, Syamer Kutty menganggap peluang yang diberikan terhadapnya untuk beraksi 90 minit bersama skuad kebangsaan adalah satu penghargaan.

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) ini mengalami kecederaan jangka panjang sejak tahun lalu yang menyaksikan beliau terlepas sebahagian besar aksi di bawah kendalian Kim Pan-gon.

Ad

Sungguhpun baru mula menapak untuk kembali meraih minit permainan secara beransur di peringkat kelab, beliau tetap diberi kepercayaan untuk mengisi slot bagi aksi persahabatan kali ini.

Ad

Pemain berusia 25 tahun bagaimanapun bersyukur dengan kesempatan yang diberikan oleh barisan kejurulatihan Malaysia untuk berada dalam kesebelasan utama pasukan.

“Alhamdulillah selepas setahun, ini 90 minit pertama saya. Satu penghargaan untuk saya dapat panggilan dan beraksi buat skuad negara.”

Ad

“Untuk aksi berdepan Kepulauan Solomon, kita tahu kita bermula dengan agak tak baik, kita kembali bersaing dan beraksi dengan cara kita dan gol akhirnya datang,” jelasnya kepada Astro Arena.

Ad

Syamer mendapat pujian rata-rata peminat bola sepak tempatan yang mengagumi kerja kerasnya di atas padang terutamanya untuk mematahkan setiap serangan daripada pihak lawan.

Ad

Beliau juga memiliki keupayaan untuk memcipta peluang apabila hantarannya kepada Matthew Davies telah membawa kepada jaringan yang dihasilkan oleh Paulo Josue.

Syamer dijangka akan mengetuai jentera tengah Malaysia sekali lagi menghadapi cabaran Papua New Guinea.