Saudi Pro League: Kudrat Karim Benzema Bantu Al-Ittihad Selesa Tewaskan Al-Raeed
Asia
Ittihad
Advertisements

Penyerang legenda Perancis, Karim Benzema memastikan debut liga bersama kelab barunya, Al-Ittihad bermula dengan langkah kanan. Ini selepas mereka mengatasi Al-Raeed 3-0 dalam perlawanan pembukaan Saudi Pro League.

Jika dibandingkan dengan tuan rumah, The Tigers dianggap pasukan pilihan kerana dibarisi pemain-pemain bintang. Selain Benzema, N’Golo Kante dan Fabinho turut membuat debut dalam liga bersama kelab berkenaan.

Begitupun, Al-Raeed membuktikan mereka bukan pasukan belasahan. Pada babak pertama, mereka berjaya menyerap asakan bertubi-tubi Al-Ittihad dan memastikan keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, jurulatih The Tigers, Nuno Espirito Santo menggesa anak-anak buahnya menggandakan serangan ke atas kubu tuan rumah.

Hasilnya, bintang Maghribi, Abderrazak Hamdallah meletakkan pelawat di hadapan pada minit ke-58. Serangan balas pantas yang diketuai Benzema mudah disempurnakan beliau mengatasi penjaga gol Al-Raeed, Ahmad Al Harbi.

Tersentak, tuan rumah cuba bangkit mencari gol penyamaan. Bagaimanapun, Igor Coronado memastikan kemenangan buat The Tigers menerusi dua gol pada minit ke-73 dan 79.

Advertisements

Keputusan ini meletakkan juara bertahan Saudi Pro League itu pada kedudukan ketiga liga di belakang Al-Feiha dan pendatang baru, Al-Ahli.

Manakala Al-Raeed berada pada kedudukan tercorot liga. Selepas ini, Benzema dan Al-Ittihad bakal berdepan Al-Ta’ee pada 20 Ogos ini.

Benzema kurang bernasib baik kerana tidak menjaringkan gol dalam perlawanan liga pertamanya bersama Al-Ittihad. Begitupun, impaknya yang berkualiti di bahagian serangan dijangka ditagih Al-Ittihad bila mengharungi kempen domestik dan benua nanti.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram