“Saya Bersedia Untuk Mengubahnya, InsyaAllah” – Cristiano Ronaldo
MakanBola
Cristiano Ronaldo

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo menarik perhatian pengguna media sosial menerusi satu mesej ringkas yang dikongsikan di platform media sosialnya hari ini.

Penyerang Al-Nassr itu memuatnaik mesej yang berbunyi, “Saya bersedia untuk mengubahnya, Insya Allah,” katanya.

Ad

Mesej ini merujuk kepada aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara AFC (ACL) antara Al-Nassr dengan kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al-Ain.

Ad

Ketika ini, Al-Alami ketinggalan 1-0 kepada Al-Ain dari segi agregat selepas tewas dalam aksi suku akhir pertama ACL.

Bagaimanapun, Ronaldo percaya barisan pemain kelab Al-Nassr mampu mengubah defisit tersebut sekaligus layak ke separuh akhir ACL.

Ad

Di ruang komen, ramai peminat memberi maklum balas positif mesej yang dibawa bekas penyerang Manchester United itu.

Ad

Ini kerana ini menunjukkan Ronaldo semakin arif dalam menghormati budaya masyarakat Arab dan agama Islam.

Ad

Sebelum ini, bekas penyerang Real Madrid itu dikenali kerana mengamalkan gaya hidup yang sihat dan bercorak Islamik seperti gemar menderma darah dan tidak menyimpan tatu.

Al-Nassr bakal bersemuka dengan Al-Ain pada awal pagi esok bagi menentukan siapa yang bakal mara ke separuh akhir ACL musim 2023-2024.