Asia
Advertisements

Norshahrul Idlan Talaha yang kini bermain bersama pasukan Thai League 1, BG Pathum United meluahkan kesedihannya dengan sikap segelintir penyokong bola sepak di Malaysia.

Norshahrul atau lebih dikenali dengan panggilan Matyo melalui 1 hantaran di story Instagramnya memaklumkan kekesalannya dengan sikap penyokong yang seolah-olah “memaksa”.

“Saya di sini (Thailand) bukan bermain kerana gaji yang besar atau lumayan. Saya mencari pengalaman,” jelas Matyo.

Advertisements

“Kalau nak gaji besar lebih baik saya bermain di Malaysia.”

“Saya ada tanggungjawab yang berat dan besar di sini.”

Matyo juga memohon penyokong memberikannya waktu dan ruang untuk membuktikan sesuatu di kelab barunya.

Advertisements

“Tolong bagi saya ruang, saya tak minta disokong mahupun dikeji.”

86800387 2562637994063328 2199869505843232768 n Saya Di Sini Mencari Rezeki, Kalau Nak Gaji Besar Lebih Baik Saya Kekal Di Malaysia - Matyo
Sumber: IG/9Matyo9
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram