“Saya Ingin Jadi Diri Saya Sendiri” – Safawi Rasid
Liga Super
Advertisements

Redknapp sebelum ini menyamakan corak permainan Safawi sepertimana penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah yang mempunyai kemahiran menggelecek pemain pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan padu menerusi kaki kiri.

“Saya ucapkan terima kasih sebab beliau (Redknapp) cakap macam itu (gaya permainan seperti Salah). Saya macam terharu dia samakan saya macam Salah, tapi sejujurnya saya tidaklah sehebat Salah.”

“Saya cuma jadi diri saya sendiri dan saya tak boleh melayang dengan pujian itu. Tapi, apa yang beliau katakan akan buat saya lagi bersemangat untuk buat lagi,”

Advertisements

“Saya tak akan puas dalam bola sepak dan akan cuba sebaik mungkin demi pasukan negara dan kelab yang saya wakili” katanya lagi yang kini sedang menumpukan sepenuh perhatian untuk menentang Vissel Kobe bagi perlawanan pertama saingan Liga Juara-Juara AFC 2020, rabu depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram