“Saya Kembali Lebih Kuat” – Faisal Halim
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Advertisements

Pemain sayap pasukan Malaysia, Faisal Halim sedia bangkit untuk kembali membantu Harimau Malaya tampil lebih baik kali ini.

Pemain berusia 25 tahun itu menjalani penggantungan selama satu bulan yang menyaksikan beliau hanya beraksi 45 minit selepas 5 perlawanan.

Advertisements

Beliau bagaimanapun tetap optimis untuk terus membantu pasukan bimbingan Kim Pan-gon lebih cemerlang.

Faisal ketika ditemui pada sesi pelancaran Pestabola Merdeka memberitahu bahawa beliau kini lebih semangat untuk beraksi.

Advertisements

“Kita perlukan sokongan daripada rakyat Malaysia untuk memberikan yang terbaik. Saya tak rasa ini satu perlawanan yang mudah.”

“Kami bagaimanapun mahu memberikan yang terbaik.”

Advertisements

Pemain sayap Selangor ini kekal mahu memberikan yang terbaik buat skuad negara bagi dua detik penting ke China dan juga Pestabola Merdeka.

“Saya bersedia untuk membantu pasukan negara walaupun beraksi satu perlawanan. Saya kembali dengan lebih kuat,” jelasnya dalam sesi tersebut.

Advertisements

Faisal kini merupakan pemain tempatan paling cemerlang apabila meledak 10 gol dalam saingan Liga Super setakat ini selepas beraksi dengan baik ketika berdepan Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon, Jun lalu.

Advertisements

Malaysia dijadualkan berdepan India dalam aksi pertama Pestabola Merdeka pada 13 Oktober.

Sekiranya berjaya meraih kemenangan, mereka akan menanti pemenang antara Lubnan dan Palestin sebagai lawan di pentas final yang diadakan pada 17 Oktober.

Advertisements

News Comments Account