“Saya Lari Buka Baju Sebab Nak Lagi Laju”
UltraSukan
Challo Run
Sponsors

Pempengaruh media sosial yang juga ahli Challo Sports Club, Hakimi Noordin merasakan larian dengan membuka baju lebih membantu beliau berlari lebih laju.

Hakimi dijemput dalam satu rancangan temu bual oleh Astro Gempak iaitu Motif Trending bersama 2 orang rakan, Fazziq Muqris dan Nik Rifa’ie bagi membincangkan program larian, Challo Run.

Ad

Menurut Fazziq, Challo ditubuhkan sebagai satu kelab bola sepak dan mula berkembang saban tahun sehingga menarik minat ramai orang untuk menyertai pasukan itu.

Ad

”Challo sebenarnya ditubuhkan pada tahun 2017 dan dikenali pada masa itu sebagai kelab bola sepak. Jadi daripada situ kita berkembang dari rakan kepada keluarga,” kata Fazziq.

“Tapi kini, kita dah berubah kepada Challo Sports Club sebab kita nampak tahun demi tahun, orang bertanya cara bagi sertai kelab bola sepak Challo tapi kami tak boleh rekrut ramai orang.”

Ad

Oleh disebabkan itu, lebih banyak sukan diceburi oleh Challo Sports Club seperti larian bagi memberi peluang untuk lebih ramai orang turut serta menyertai komuniti serta bersukan bersama.

Ad

”Jadi disebabkan itulah tertubuhnya Challo Run ini sebab kita nampak komuniti ini akan lebih ramai,” tambah Fazziq sambil ditemani Nik Rifa’ie dan Hakimi di sebelah.

Ad

Ketika ditanya mengenai tanggapan orang luar tentang cara berpakaian bagi program ini, Hakimi menafikan tindakannya berlari dengan membuka baju adalah untuk menunjukkan sosok tubuh.

Malah, Hakimi menjelaskan bahawa tindakannya membuka baju kerana berasa panas akibat berpeluh dan berpandangan sekiranya tanpa baju, lariannya akan menjadi lebih laju kerana kurang berat.

”Di sini, yang banyak buka baju adalah saya dan Kimi (Hakimi Noordin),” ujar penyampai radio Era itu sambil tertawa.

”Saya bukan nak menunjuk atau apa tapi bila baju itu dah pakai buat lari dan berpeluh, ia akan jadi panas,” ujar Hakimi kepada hos, Sean Lee.

“Ini saya punya pandangan, kalau saya buka baju ini, saya rasa l boleh lari lagi laju dan macam buang sedikit berat,” tambah pempengaruh berusia 24 tahun itu lagi.

Challo Run diadakan pada setiap hari Ahad di Dataran Kuala Lumpur pada jam 7 pagi dan terbuka secara percuma untuk orang ramai.