Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan rasa berpuas hati terhadap persembahan Harimau Malaya sungguhpun tewas kali kedua berdepan Oman di Bukit Jalil.
Aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik untuk mencari tiga mata.
Perjuangan hebat pemain negara akhirnya terbayar apabila berjaya menundukkan pasukan ke-80 dunia itu dengan keputusan 2-0.
Mengulas lanjut, pengendali kelahiran Korea Selatan itu memuji semangat juang yang ditunjukkan oleh anak buahnya ketika bertemu pasukan handalan Asia itu.
Artikel lain: Malaysia Tewas Kepada Oman
“Perlawanan yang sangat sukar. Saya sebagai ketua jurulatih meminta maaf kepada rakyat Malaysia. Kami tidak boleh banggakan anda dengan keputusan yang baik. Kami menghargai sokongan rakyat Malaysia yang hadir.”
“Pemain sudah memberikan yang terbaik dalam situasi sukar. Pemain memberikan komitmen 110% tetapi dalam situasi ini memang sukar namun saya hargai usaha pemain. Kita tidak sepatutnya kalah, kami mampu memberikan keputusan lebih baik.”
“Jika kamu mahu kritik, maka kritiklah saya. Kita masih memiliki dua perlawanan dan sekiranya masih ada keajaiban, kita masih berpeluang dan jangan mengalah. Kita akan memberikan yang terbaik,” jelas Pan-gon ketika ditemui di SNBJ, Bukit Jalil.
Pan-gon lebih menekankan identiti yang mahu dibawa oleh pemain di atas padang sambil mengetahui tahap kecergasan pemain yang tidak mencapai 100 peratus.
“Selepas perlawanan kamu boleh bercakap 100 perkara. Kamu tidak tahu bagaimana pemain bola sepak bekerja. Saya bercakap kepada pemain, keputusan nombor dua, jangan hilang identiti Malaysia. Saya lebih takut pasukan hilang identiti.”
“Saya mengambil risiko untuk mengeluarkan seorang pertahanan untuk menekan lawan. Sebagai jurulatih saya perlu lihat tahap kecergasan pemain ketika ini, beri tekanan kepada lawan dalam kotak penalti.”
“Kadangkala kita merancang, tetapi tidak berjalan seperti yang dirancang. Jangan salahkan pemain kerana berapa bulan mereka tidak memiliki perlawanan. Pemain bukan mesin, situasi ini bukan pemain yang tentukan (tanpa perlawanan kompetitif).”
Beliau bagaimanapun yakin masih terdapat ruang penambahbaikan yang masih boleh dilakukan oleh skuad negara bagi dua aksi terakhir Kelayakan Piala Dunia 2026.
Malaysia kini menghuni tangga ke-3 Kumpulan D dengan 6 mata selain turun dua tangga ke kedudukan 136 dunia berdasarkan kemas kini masa-nyata FIFA.
Aksi berikutnya menanti skuad kebangsaan adalah pada 6 Jun 2024 menentang Kyrgyzstan di gelanggang lawan.