Jurulatih skuad futsal Sabah, Patt Sriwijit mahu membantu menaikkan pemain-pemain futsal tempatan ke peringkat lebih tinggi menjelang saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2024.
Beliau berkata ketika sidang media Majlis Pengenalan Pasukan dan Jersi Rasmi Skuad Futsal Sabah FA yang berlangsung di Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya pada Khamis.
Jurulatih kelahiran Thailand itu menjelaskan bahawa kehadiran beliau ke pasukan Sabah ini bagi meningkatkan mutu pemain-pemain tempatan dan juga staf kejurulatihan khususnya buat pasukannya itu.
”Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Sabah FA kerana melantik saya sebagai juratih pasukan.”
Saya mahu meningkatkan kualiti pemain tempatan, staf (supaya) dapat belajar dengan cara lebih profesional musim ini,” katanya kepada media.
Bekas jurulatih TOT United itu juga yakin dengan kemampuan anak-anak buah untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pengurusan tertinggi pasukan.
“Ya, misi (kami) adalah mencapai tiga pasukan terbaik (dalam MPFL) dan saya yakin kita mampu lakukannya,” jelas beliau lagi.
Pasukan bimbingan Patt Sriwijit ini akan membuka tirai saingan MPFL berdepan salah satu pasukan pilihan, Selangor futsal pada Ahad di KSN Panasonic, Shah Alam.