“Saya Masih Sayangkan Man United” – Cristiano Ronaldo
EPL
MakanBola
Manchester United
Advertisements

Legenda Man United, Cristiano Ronaldo mengakui masih menyayangi kelab itu meskipun meninggalkan kelab berkenaan beberapa tahun yang lalu.

Ronaldo menempa nama sebagai legenda kelab itu dari 2003 hingga 2009. Beliau membantu United melakar pelbagai pencapaian termasuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Advertisements

Selepas merekodkan lebih banyak kejayaan trofi bersama Real Madrid dan Juventus, tidak hairanlah ramai penyokong gembira melihatnya kembali ke Old Trafford pada 2021.

Walau bagaimanapun, segalanya berubah apabila Erik ten Hag dilantik sebagai pengurus The Red Devils pada awal musim 2022/23. Musim itu menyaksikan kedua-dua figura itu beberapa kali bertelagah.

Advertisements

Kemuncak kepada semua ini ialah temu bual mengejutnya bersama personaliti televisyen British, Piers Morgan pada November 2022. Dalam temu bual berkenaan, Ronaldo dilihat mengkritik keras pengurusan United.

Keadaan ini menyebabkan United dan Ronaldo memilih untuk menamatkan kontrak secara persetujuan bersama. Dan pada Disember 2022, legenda Portugal itu memilih Al-Nassr sebagai kelab barunya.

Advertisements

Meskipun tidak lagi bersama United, rasa sayang Ronaldo kepada kelab berkenaan terutama kepada penyokong masih lagi membara.

Ini dinyatakan sendiri beliau kepada rakan sepasukan lamanya, Rio Ferdinand menerusi sedutan temu bual eksklusif yang disiarkan di saluran YouTube, Rio Ferdinand Presents.

Advertisements

“Kita kadang-kadang tidak boleh kawal sesetengah perkara yang berlaku dalam hidup kita tetapi itu sudah berlaku, sudah berlalu. Saya ulang saya masih sayangkan Manchester United dan saya ucapkan mereka selamat berjaya,” katanya.

Temu bual eksklusif Ferdinand dan Ronaldo bakal disiarkan pada 12 September ini.

Advertisements

Ronaldo kini kembali fokus kepada Al-Nassr selepas ceria membantu Portugal meraih dua kemenangan dalam kempen Liga Negara-Negara UEFA (UNL). Ini termasuk kejayaan merekodkan 900 gol dalam kariernya baru-baru ini.

News Comments Account