“Saya Perlukan Minit Permainan” – Syafiq Ahmad
Liga Super
KDA FC
Advertisements

Penyerang terbaru Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syafiq Ahmad mengakui perpindahan pinjamannya ke pasukan itu didorong oleh keinginan mencari minit permainan.

Hal ini dinyatakan beliau menerusi satu temubual bersama saluran YouTube rasmi Kedah baru-baru ini.

Sejak beberapa musim kebelakangan ini, Syafiq tidak mendapat minit permainan yang kerap bersama Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Advertisements

Musim 2023 sahaja menyaksikan penyerang berusia 28 tahun itu hanya diturunkan sebanyak 11 kali dalam semua kejohanan termasuk Liga Super.

Justeru, Syafiq berharap kepulangannya ke Sang Kenari dapat kembali merangsang prestasi sebagai peledak berbisa dan dipanggil semula menyertai Harimau Malaya.

“Salah satu (sebab perpindahan saya) ialah minit permainan. Memang sebagai pemain, saya amat perlukan minit permainan.

Advertisements

“Dan itu amat diperlukan jika saya mahu menyarung kembali jersi pasukan kebangsaan. Dan dengan pasukan kebangsaan akan beraksi untuk perlawanan kelayakan (Piala Dunia 2026), salah satu peluang ialah untuk saya buktikan saya layak kembali ke pasukan kebangsaan,” katanya.

Syafiq merupakan antara empat pemain baru yang sah menyertai Sang Kenari. Selain beliau, Rizal Ghazali, Irfan Zakaria dan Zamri Pin Ramli turut sah menyarung jersi Kedah.

Sementara bekas pemain sayap Terengganu, Sony Norde dikhabarkan bakal menyertai pasukan itu sebagai tonggak import terbaru Kedah.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram