“Saya Rasa Gol Kalau Ada VAR” – Shahrel Fikri

Shahrel fikri 6 "Saya Rasa Gol Kalau Ada VAR" - Shahrel Fikri
MFL
Alif Syazani @SyazaniAlif
9:17am 17/03/2023

Pemain sayap Negeri Sembilan, Shahrel Fikri hampir menjaringkan gol pertamanya musim ini apabila sepakannya hanya menerjah palang gol lalu melantun keluar.

Beliau berpendapat jika sistem VAR wujud pasti ledakanya itu dikira gol. Namun, beliau tetap bangga kerana berjaya membantu Negeri Sembilan bangkit menewaskan Terengganu.

“Saya rasa gol kalau ada VAR, boleh lihat kalau ada. Walaubagaimanapun, ini mungkin bukan rezeki saya malam ini dan apapun pasukan saya menang.

Bekas penyerang Selangor itu akui gembira dapat membantu pasukannya menang. Beliau berterima kasih kepada K. Devan kerana memberi ruang dan peluang buatnya untuk memberikan impak besar dalam pasukan.

“Saya diberi tugas oleh K. Devan untuk memberikan impak kepada pasukan dan Alhamdullilah berkat usaha saya dan rakan sepasukan lain kita berjaya peroleh kemenangan.

“Ini peluang saya, selepas lama berehat daripada kecederaan dan saya buktikan kepada dia lah yang saya boleh membantu pasukan,” katanya ketika ditemubual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal selepas tamat perlawanan.

Skuad Jang akhirnya memperoleh kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini selepas seri dua kali dan tewas 1 kali dalam 3 perlawanan sebelum ini.

Selepas ini, Negeri Sembilan akan bertemu pasukan dari pantai timur, Kelantan bagi perlawanan yang kelima Liga Super pada 1 April ini.