“Saya Tak Hebat Macam Arif Aiman” – Muhaimin Izzudin
MakanBola
TRW Kelantan FC
Sponsors

Perancang tengah berbakat Kelantan FC, Muhaimin Izzudin tampil merendah diri tatkala persembahan beliau bersama pasukan mendapat perhatian ramai.

Pemain muda berusia 21 tahun itu merupakan antara aset terbaik yang dimiliki oleh The Red Warriors termasuklah ketika membantu mereka menjadi naib juara Liga Premier musim lalu.

Ad

Muhamin yang juga merupakan produk skuad projek FAM-MSN disambar oleh Rezal Zambery Yahya yang melihat potensi pemain ini untuk menyinar.

Ad

Menerusi satu temubual oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, beliau mengakui masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki dalam permainannya.

“Saya masih muda, lebih banyak saya kena belajar. Saya tidak bagus contohnya seperti Arif Aiman.”

Ad

“Saya perlu sentiasa bekerja keras,” jelasnya kepada Zulhelmi dan Astro Arena.

Ad

Muhaimin bagaimanapun menjadi bualan penyokong selepas kemasukannya jelas mengubah corak serangan anak didik Choi Moon-sik.

Ad

Beliau juga berjaya melakukan satu penciptaan peluang apabila lorongan bola yang dilakukan kepada Ismaheel Akinade telah menjadi punca kepada gol tunggal pasukan menentang JDT semalam.

Kelantan akan bertemu KL City di laman sendiri bagi aksi berikutnya dalam usaha memburu 3 mata penting dalam aksi tersebut.